Jenis Kain Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Jenis Kain Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Aug 09, 2019

JENIS KAIN YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

1. COTTON
-Kain ini berasal dari serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia. Biasanya kain ini digunakan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci. Selesa dan mudah menyerap peluh semasa digunakan.

2. JACQUARD
-Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan Jacquard. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain. Jacquard ni berkilat dan licin. Ramai yang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit.

3. CREPE
-Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist iaitu benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe

4.RAYON
-Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut

LOKASI :-
HQ ( AIMI ACADEMY )
AIMI MANAGEMENT & TRADING SDN BHD
D-1-10, Setiawangsa Business Suite,
Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.
Tel Office : 03-42529566
Tel : 019-2300985 (Pn. Nor)
019-2814937 (Pn. Aimi)
011-33112208 (En. Anuar)

#aimiacademy
#sijilkemahiranmalaysia
#tvetprogram
#skmjahitanwanita


Follow Us

About Us

AIMI MANAGEMENT AND TRADING SDN BHD

Our Album